Bencana puting beliung Oklahoma: 14 maut

Astro Awani
Jun 2, 2013 09:17 MYT
Bencana puting beliung baru di Oklahoma di Amerika syarikat setakat ini meragut 14 nyawa dan mencederakan berpuluh-puluh yang lain.
Pihak berkuasa kini giat menilai dan mentaksirkan kerosakan selepas puting beliung membadai Midwest.
Kejadian ini berlaku dua minggu selepas bencana sama melanda pinggir bandar Moore di Oklahoma.
Kesan puting beliung berkenaan dikatakan tidak seganas yang melanda Moore, 20 Mei lalu yang meragut 24 nyawa.
Namun, hujan berterusan lebat di kawasan Oklahoma City.
Rakaman visual yang disiarkan menunjukkan bekalan elektrik di bandar Hinton yang terletak 80 kilometer di barat Oklahoma City terputus.
Ketika membadai laluannya pada Jumaat, ia menyebabkan kenderaan tersadai di sepanjang lebuh raya.
#moore #Oklahoma City #puting beliung
;