Benarkah cuaca panas mampu bantu mengekang koronavirus?

Agensi
Februari 22, 2020 16:10 MYT
Cuaca sejuk dikaitkan dengan bertambahnya simptom batuk, demam dan selesema. - Gambar hiasan/Reuters
PEGAWAI kesihatan awam, para peniaga dan institusi kewangan kini mencari kesahihan sama ada cuaca panas di hemisfera utara mungkin melambatkan proses penularan epidemik COVID-19, lapor Reuters.
Ini apa yang anda perlu tahu tentang ciri-ciri wabak bermusim:
Adakah wabak COVID-19 ini bermusim?
Itulah yang diharapkan oleh pakar penyakit berjangkit. Bagaimanapun, ia masih belum dapat disahkan kerana penularan virus itu amat singkat buat para saintis mengumpulkan maklumat dan bahan bukti yang diperlukan.
Menurut pakar penyakit berjangkit dari University of East Anglia di Britain, Paul Hunter, perkara yang perlu dilakukan ketika ini adalah menilai analogi dengan penyakit lain yang tersebar dengan cara yang sama.
Setakat ini, apa yang diketahui oleh pakar penyakit berjangkit adalah jangkitan seperti selesema, batuk dan demam dipengaruhi oleh musim-musim tertentu yang menyebabkan penularan lebih cepat.
Selain itu, keadaan persekitaran juga mempengaruhi penularan virus tertentu. Cuaca sejuk, cuaca lembap dan gaya hidup ketika musim salji boleh mempengaruhi corak penularan virus.
Apa kaitan musim sejuk dengan penularan penyakit pernafasan?
"Sebab cuaca sejuk dikaitkan dengan bertambahnya simptom batuk, demam dan selesema adalah udara yang sejuk mengakibatkan kegatalan dalam rongga hidung dan saluran pernafasan, sekali gus membuatkan kita lebih sensitif pada jangkitan virus,” ujar pakar mikrobiologi selular di University pof Reading, Simon Clarke.
Cuaca musim sejuk juga cenderung membuatkan orang menghabiskan masa di dalam bangunan dan berkumpul bersama. Itu meningkatkan risiko jangkitan.
Kebanyakan jangkitan pernafasan, termasuk COVID-19, disebarkan dalam titisan cecair daripada orang yang batuk atau bersin. Menurut pakar penyakit, apabila udara dalam keadaan sejuk dan kering, titisan cecair itu lebih berkemungkinan untuk terawang-awang di udara lebih lama – merentas lebih jauh dan menjangkiti lebih ramai orang.
Adakah kedatangan musim bunga boleh mengurangkan COVID-19?
"Tidak mustahil kita dapat menyaksikan sewaktu musim bunga. Tidak mungkin akan menambah keadaan menjadi lebih buruk, namun kita tidak boleh emmastikannya – ia adalah jangkaan yang bijak,” ujar Clarke.
Hunter pula berkata, ‘ada kemungkinan penyakit itu akan berkurangan dalam bulan-bulan musim panas, di hemisfera utara’.
"Sama ada ia akan datang semula menjadi persoalan yang boleh didebatkan," tambahnya. "Tidak mengejutkan jika ia lenyap secara meluas dan kembali semula dalam musim sejuk."
#COVID-19 #demam #jangkitan #kesihatan #koronavirus #musim panas #musim sejuk #penyakit #selesema
;