Ben Stiller, bintang media sosial kutip AS$2 juta untuk bantu Somalia

Syafique Shuib
Mac 21, 2017 13:01 MYT
Pelakon Hollywood Ben Stiller mahu kempen itu diteruskan agar dapat menambah jumlah bantuan ke Somalia. -Twitter/Ben Stiller
Pelakon Hollywood dan beberapa bintang media sosial berjaya kutip dana berjumlah AS$2 juta (RM8.86 juta) bagi membantu rakyat Somalia yang terjejas teruk akibat masalah kebuluran.
Misi asal adalah untuk kutip sebanyak AS$1 juta (RM4.43 juta) namun mereka berjaya mencapai sasaran dalam tempoh sehari selepas kempen media sosial digerakkan.
Wang itu digunakan untuk menghantar bekalan makanan dan minuman ke Somalia.
“Kita berjaya kutip sebanyak AS$1 juta dalam tempoh 24 jam. Lebih kurang 60 tan makanan akan diterbangkan ke Somalia kerana 50,000 orang menderma wang mereka,” kata Stiller menerusi laman Twitter beliau.
Susalan kejayaan itu, Stiller mahu kempen itu diteruskan agar dapat menambah jumlah bantuan.
“Kini saya mahu anda untuk calon tiga rakan anda untuk sertai kempen ini. Terima kasih kepada mereka yang telah membantu dan mari kita teruskan usaha ini," kata Stiller.
Turut disertakan untuk kempen ini adalah hashtag #NominatedForSomalia.

WE GOT A & !! LET'S DO MORE! I NOMINATE @LewisHamilton @EmmaWatson @Caradelevingne & @Alyssa_Milano TO JOIN ME!#NominatedForSomalia pic.twitter.com/Tk0F8puVWV

— Ben Stiller (@RedHourBen) March 20, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada awal kempen ini, Stiller mendapat bantuan bintang media sosial seperti Jerome Jarre dan Casey Neistat.
Kini, beliau mencalonkan model Cara Delevingne, pelakon Emma Watson, pelumba Formula 1 Lewis Hamilton dan pelakon Alyssa Milano untuk memberi sokongan kepada kempen ini.
Pada awal Mac, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan hampir 5 juta orang di Somalia kebuluran dan memerlukan bantuan susulan bencana kemarau teruk melanda negara itu.
#ben stiller #kempen media sosial #Lewis Hamilton #Somalia
;