Belon pengintip: AS akan kongsi maklumat dengan puluhan negara dunia

Astro Awani
Februari 9, 2023 09:15 MYT
Seorang anggota tentera AS melihat belon pengintip China yang ditembak jatuh di kawasan perairan AS pada Sabtu. - Foto REUTERS
WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) akan berkongsi maklumat yang diperolehi mengenai belon pengintip China dengan puluhan negara di seluruh dunia.
Menurut Setiausaha Negara, Antony Blinken, beliau telah berbincang dengan Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), Jens Stoltenberg mengenai cabaran sistemik dan taktikal yang diberikan China kepada perikatan tentera itu.
Jelasnya, AS mendapat maklumat berdurasi 'hampir sejam' mengenai belon yang ditembak jatuh oleh negara itu pada Sabtu.
Tambah Blinken, penemuan itu akan turut dikongsi dengan Kongres, sekutu dan rakan kongsi di seluruh dunia.
Stoltenberg berkata, penerbangan belon China mengesahkan corak tingkah laku negara itu serta keperluan untuk menyedari risiko berterusan aktiviti risikan China.
Beliau juga berkata, China membina pasukan tenteranya termasuk senjata nuklear tanpa sebarang ketelusan.
Blinken menegaskan China tetap bertanggungjawab ke atas tindakan pengintipan tersebut.
Ia satu pencabulan kedaulatan dan integriti wilayah dan undang-undang antarabangsa.
#belon pengintip #Antony Blinken #NATO #China
;