Belgium akan beri elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja
Bernama
Mei 2, 2023 13:00 MYT
Mei 2, 2023 13:00 MYT
BRUSSELS: Belgium akan mula memberikan elaun kepada pekerja yang berbasikal ke tempat kerja, bermula Isnin.
Bayaran elaun itu adalah sebahagian daripada perjanjian yang dibuat oleh firma sektor swasta dan kesatuan sekerja pada Januari, menurut Agensi Anadolu.
Mereka yang menunggang basikal ke tempat kerja akan menerima elaun sebanyak EUR0.27 (US$0.30) setiap kilometer (km) yang dikecualikan cukai dan tertakluk kepada pelarasan tahunan mengikut inflasi.
Had harian untuk elaun telah ditetapkan pada 40 km, bayaran akan dibuat setiap bulan bersama gaji tetap.
Selain basikal konvensional, pemberian elaun itu juga terpakai untuk penggunaan e-basikal dan speed pedelec.
-- BERNAMA