Belanjawan AS: Biden dijangka kemuka cadangan pertama 27 Mei
Astro Awani
Mei 14, 2021 09:17 MYT
Mei 14, 2021 09:17 MYT
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden akan mengemukakan cadangan belanjawan terperinci pertamanya pada 27 Mei ini.
Perkara itu disahkan jurucakap Pejabat Pengurusan dan Belanjawan, Rob Friedlander yang menjelaskan, keutamaan adalah bagi perbelanjaan pertahanan hingga pengurangan defisit.
Biden pada April menjelaskan secara ringkas, pelan sekitar ASD1.5 trilion hanya mewakili sebahagian daripada anggaran belanjawan.
Belanjawan penuh yang merangkumi tahun fiskal mulai Oktober akan menjadi senarai lengkap program Biden yang ingin dibangunkan, atau dipotong daripada bantuan asing, hingga imigrasi dan kepolisan.
Ketika pemulihan ekonomi kesan pandemik koronavirus sedikit perlahan, belanjawan akan memberikan gambaran tentang berapa besar kerajaan ingin mengendalikan perbelanjaan defisit serta bagaimana ia melihat cukai dan pertumbuhan ekonomi membantu agendanya.
Pelan Biden yang dikeluarkan pada April menandakan perubahan drastik daripada pendahulunya dari Republikan, Donald Trump.
Bagaimanapun, rancangan Biden untuk Jabatan Pertahanan menarik perhatian.
Kem Liberal kecewa kerana dana yang rata-rata disesuaikan dengan inflasi pada ASD715 bilion akan gagal mengurangkan perbelanjaan pentagon.
Pada masa sama, Konservatif mahukan lebih banyak perbelanjaan untuk mengatasi ancaman dari China, Rusia, Iran dan Korea Utara.
#Belanjawan
#Joe Biden
#Amerika Syarikat
#pandemik
#koronavirus
#ekonomi
#kerajaan
#cukai
#Rob Friedlander
#Jabatan Pertahanan
#defisit