Belanja jutaan dolar beli beg tangan mewah di Australia, pelajar Malaysia didakwa

Agensi
Mei 6, 2016 18:39 MYT
Christine Jiaxin Lee membelanjakan jutaan dolar untuk beg tangan mewah. - Gambar Facebook
Polis Australia telah mendakwa seorang wanita warga Malaysia kerana menipu selepas dia dituduh menggunakan AS$3.4 juta yang diberikan kepadanya secara tidak sengaja oleh banknya.
Media Sydney dipetik sebagai berkata, pelajar kejuruteraan kimia yang dikenali sebagai Christine Jiaxin Lee, menghabiskan sebahagian besar wang tersebut untuk membeli beg tangan.
AFP melaporkan wanita berusia 21 tahun itu telah membelanjakan wang itu untuk membayar sewa pangsapuri, membeli beg tangan berjenama dan barangan mewah lain selepas akaun bank Australia miliknya memberi overdraf tidak terhad kepadanya.
“Begitu banyak beg tangan” kata majistret, Lisa Stapleton pada Khamis menurut Daily Telegraph Sydney.
Lee ditahan polis ketika cuba mengambil penerbangan ke Malaysia pada Rabu malam.
Pihak berkuasa Sydney dipetik sebagai berkata, Lee didakwa kerana berlaku tidak jujur gara-gara memperolehi kelebihan kewangan dan secara sedar melakukan jenayah itu.
Lee didakwa membelanjakan wang itu antara Julai 2014 dan April 2015, sementara kira-kira Aus$3.3 juta masih belum dikesan.
Lee bebas dengan ikat jamin dan perbicaraan ditangguhkan ke 21 Jun depan.
#Australia #beg tangan berjenama #pelajar malaysia
;