Belanda mulakan program vaksinasi pertama
Agensi
Januari 6, 2021 20:00 MYT
Januari 6, 2021 20:00 MYT
VEGHEL: Belanda mengikut langkah negara-negara Eropah yang lain dengan memulakan program vaksinasi COVID-19 pertamanya pada Rabu.
Langkah suntikan vaksin sulung negara tersebut bermula dengan staf rumah jagaan dan petugas barisan hadapan hospital.
Sanna Elkadiri, jururawat di sebuah rumah jagaan pesakit dementia di Veghel menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin Pfizer-BioNTech.
"Ini adalah saat penting untuk saya, lebih-lebih lagi saya sendiri bertugas dalam sektor kesihatan.
"Saya ingin orang lain tahu betapa pentingnya kesedaran berkenaan suntikan vaksin ini khasnya mengenai keselamatan," katanya.
Kerajaan Belanda sebelum ini menerima kritikan kerana lambat memulakan program vaksinasinya berbanding negara Eropah yang lain.
Perdana Menterinya, Mark Rutte menjelaskan pihak berkuasa sebelum ini sibuk memberi tumpuan dalam persediaan menggunakan vaksin AstraZeneca.
Bagaimanapun katanya, vaksin tersebut belum mendapat kebenaran dari Kesatuan Eropah (EU) berbanding vaksin yang dicipta di Amerika Syarikat dan Jerman iaitu Pfizer dan BioNTech.
Belanda setakat ini mencatatkan hampir 12,000 kematian sejak virus tersebut dikesan di negara Eropah itu.
#Belanda
#suntikan vaksin
#COVID-19
#Pfizer-BioNTech
#AstraZeneca
#Kesatuan Eropah EU
#BioNTech
#Mark Rutte
#Perdana Menteri Belanda
#pandemik