Belalai anak gajah terpaksa dipotong selepas terkena perangkap

Astro Awani
November 16, 2021 08:42 MYT
Anak gajah betina itu terdiri daripada spesis gajah Sumatra, berusia satu tahun dan antara 700 gajah Sumatra liar yang terdapat di kepulauan tersebut. - Foto AP
SAREE: Belalai seekor anak gajah terpaksa dipotong selepas dipercayai terkena perangkap yang dipasang pemburu gading di sebuah hutan di kepulauan Sumatera, Indonesia.
Anak gajah malang itu sebelum ini ditemui dalam keadaan lemah selepas ditinggalkan kumpulannya, kata pihak berkuasa pada Isnin.
Anak gajah betina itu terdiri daripada spesis gajah Sumatra, berusia satu tahun dan antara 700 gajah Sumatra liar yang terdapat di kepulauan tersebut.
Kegiatan pemburu haram semakin meningkat selepas ramai terkesan akibat COVID-19 sehingga memaksa mereka kembali melakukan aktiviti tidak berperikemanusiaan itu.
Kesatuan antarabangsa bagi pemuliharaan alam antarabangsa telah mengistiharkan gajah Sumatera spesis 'terancam' kepada 'semakin terancam'.
#gajah #belalai #Perangkap #potong
;