Bekas wanita pertama Amerika Syarikat Nancy Reagan meninggal dunia
Agensi
Mac 7, 2016 08:20 MYT
Mac 7, 2016 08:20 MYT
Bekas wanita pertama Amerika Syarikat Nancy Reagan meninggal dunia di California pada usia 94 tahun akibat kegagalan jantung.
Mendiang meninggal di rumahnya di Bel Air di mana keadaan kesihatannya semakin tenat sejak beberapa tahun kebelakangan.
Sebelum bertemu dengan suaminya Ronald Reagan, Nancy atau nama sebenarnya Anne Frances Robbins merupakan seorang pelakon.
Ronald Reagan menjadi Presiden Amerika Syarikat ke-40 pada tahun 1981 hingga 1989.
Hubungan Nancy dan suaminya amat rapat dan menurut beberapa pemerhati, mendiang banyak membantu suami ketika menjadi presiden di White House.
Sebagai Wanita Pertama, antara projeknya yang paling popular ialah "Just Say No" iaitu kempen memerangi dadah dalam kalangan kanak-kanak dan remaja.
Nancy akan dikebumikan di sisi suaminya yang meninggal dunia pada Jun 2004 Di Ronald Reagan Presidential Library California.