Bekas tebusan seru Israel pulangkan tahanan tanpa cedera
Agensi
Disember 17, 2023 10:45 MYT
Disember 17, 2023 10:45 MYT
TEL AVIV: Keluarga dan penyokong tebusan yang masih ditahan di Gaza menuntut Israel mengemukakan tawaran kepada pemimpin Hamas untuk memulangkan orang yang tersayang tanpa cedera.
Bekas tahanan Hamas, Raz Ben Ami turut memberi amaran kepada Kabinet Israel bahawa pertempuran di Gaza akan membahayakan nyawa tebusan.
"Israel mesti menawarkan satu lagi perjanjian pembebasan tebusan bagi mendapatkan sokongan masyarakat antarabangsa," katanya dalam sidang akhbar.
Keluarga itu berkumpul di Tel Aviv sehari selepas tiga tebusan tersilap dibunuh oleh tentera Israel di Gaza.
Lebih 100, wanita, kanak-kanak, remaja dan warga asing telah dibebaskan dalam perjanjian yang dicapai pada akhir November.
Lebih 100 tebusan masih berada di Gaza, kata pihak berkuasa.
Pejuang Hamas menahan 240 tebusan dalam serangan pada 7 Oktober lalu.
Israel kemudian melancarkan serangan balas, di mana pihak berkuasa kesihatan Gaza berkata, lebih 19,000 rakyat Palestin telah terbunuh. - Agensi