Bekas senator AS antara yang ditangkap kerana cuba menconteng jalan
Astro Awani
Julai 28, 2020 07:59 MYT
Julai 28, 2020 07:59 MYT
LIMA individu, termasuk seorang bekas senator, ditangkap pada Selasa kerana cuba menconteng slogan 'Good Trouble' dan 'Expand Medicaid' di sebatang jalan di hadapan Alabama Capitol.
Ketika bekas senator, Hank Sanders, dan beberapa yang lain mula menulis kata-kata itu dalam cat semburan berwarna kuning, polis Montgomery telah dengan pantas memberkas mereka.
Terdahulu, satu sidang media diadakan gerakan aktivis, mendesak Gabenor Alabama Kay Ivey dan penggubal undang-undang untuk memperluaskan program bantuan kesihatan Medicaid kepada mereka yang tidak berkemampuan.
Ini adalah kali kedua ahli kumpulan itu ditangkap.
Slogan 'Good Trouble' merujuk kepada frasa yang sering digunakan mendiang aktivis hak asasi manusia John Lewis, yang meninggal dunia 17 Julai lalu akibat kanser pankreas.
Pada Ahad, Lewis yang berasal dari Alabama, diberi penghargaan di Alabama Capitol.
Awal bulan ini, kumpulan itu ditangkap kerana menulis Black Lives Matter dan Expand Medicaid di tempat yang sama.
#Alabama
#Alabama Capitol
#bekas senator
#Conteng
#GERAKAN
#Good Trouble
#John Lewis
#Medicaid
#polis
#slogan
#tangkap
#undang-undang