Bekas Presiden Peru Fujimori dibebaskan

Astro Awani
Mac 17, 2022 07:45 MYT
Fujimori dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana mengarahkan dua insiden pembunuhan beramai-ramai oleh skuad penembak pada 1991 dan 1992. - Foto AP
LIMA: Mahkamah Tinggi Peru memutuskan untuk membebaskan bekas Presiden Alberto Fujimori dari penjara selepas beliau dijatuhkan hukuman sehingga 2032 kerana melanggar hak asasi manusia.
Fujimori, 83, sebelum ini telah diampunkan ketika musim Krismas 2017.
Bagaimanapun, tribunal perlembagaan membatalkan keputusan tersebut selepas ia dikatakan keputusan tidak adil.
Keputusan terbaharu memustukan untuk kembalikan pengampunan tersebut susulan pelantikan hakim dalam tempoh dua tahun lepas yang dilihat lebih bersimpati terhadap bekas presiden itu.
Keputusan yang diterbitkan pada Khamis itu menunjukkan bahawa 4-3 setuju untuk membebaskan Fujimori.
Namun masih belum jelas sama ada Fujimori boleh meninggalkan penjara atau sekiranya terdapat cabaran terhadap undang-undang baharu yang boleh menarik kembali keputusan tersebut.
Untuk rekod, beliau dijatuhi hukuman penjara 25 tahun kerana mengarahkan dua insiden pembunuhan beramai-ramai oleh skuad penembak pada 1991 dan 1992.
#Alberto Fujimori #penjara #Mahkamah Tinggi #hak asasi manusia
;