Bekas Presiden Perancis, Nicolas Sarzoky dihukum penjara kerana rasuah
Agensi
Mac 1, 2021 21:44 MYT
Mac 1, 2021 21:44 MYT
BEKAS Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy dijatuhkan hukuman penjara tiga tahun kerana jenayah rasuah.
Sarkozy, 66, didapati bersalah kerana cuba memberi rasuah kepada majistret, Gilbert Azibert, dengan menawarkan pekerjaan yang eksklusif di Monaco sebagai balasan untuk mendapatkan maklumat mengenai siasatan jenayah terhadap parti politiknya.
Bekas peguam Sarkozy, Thierry Herzog dan Azibert dilaporkan turut mendapat hukuman yang sama.
Dalam keputusan mahkamah, hakim bagaimanapun memerintahkan Sarkozy dikenakan tahanan di rumah dengan memakai tag elektronik.
Menurut laporan BBC, bekas presiden itu dijangka membuat rayuan di mahkamah.
Hukuman itu disifatkan sebagai kejayaan undang-undang selepas era peperangan di negara itu dan pendakwa pada masa sama menuntut hukuman penjara empat tahun untuk Sarkozy.
Kes rasuah itu tertumpu kepada perbincangan antara Azibert dan Herzog, yang dirakam oleh penyiasat yang melihat tuntutan bahawa Sarkozy menerima pembayaran haram dari pewaris L'Oreal Liliane Bettencourt untuk kempen presiden 2007.
Sarkozy juga akan diadili dalam kes yang berasingan, dari 17 Mac hingga 15 April, yang berkaitan dengan apa yang disebut dengan urusan Bygmalion.
Sarkozy yang telah berkhidmat sebagai presiden sejak 2007 dituduh melakukan penipuan secara berlebihan dalam kempen presiden 2012.
#jenayah
#Rasuah
#presiden
#bekas presiden Perancis
#undang-undang
#penjara
#siasatan
#haram
#Nicolas Sarkozy