Bekas Presiden Mali meninggal dunia
Astro Awani
September 16, 2020 08:37 MYT
September 16, 2020 08:37 MYT
BEKAS Presiden Mali, Moussa Traore yang pernah memerintah negara di Afrika Barat itu selama 22 tahun meninggal dunia pada usia 83 tahun pada Selasa.
Perkara itu disahkan anaknya, Idrissa Traore.
Traore mula memerintah pada tahun 1968 secara kudeta, lapan tahun selepas negara itu mendapat kemerdekaannya daripada Perancis.
Dia memerintah negara itu sehingga tahun 1979 sebelum melantik dirinya sebagai presiden yang memerintah negara itu melalui satu parti.
Kemudian, pada tahun 1985, dia mencalonkan dirinya bertanding jawatan presiden dan dia adalah satu-satunya calon.
Traore digulingkan pada tahun 1991 selepas beberapa demonstrasi ganas kerana rakyatnya berang dengan ekonomi negara yang terus merosot.
Kematiannya hanya sebulan selepas kudeta di Mali menggulingkan presiden, Ibrahim Boubacar Keita pada 18 Ogos lepas.
#calon
#demonstrasi
#digulingkan
#ekonomi
#Ibrahim Boubacar Keita
#kudeta
#Mali
#meninggal dunia
#Moussa Traore
#presiden
#tentera