Bekas Presiden Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun
Agensi
Januari 14, 2021 21:39 MYT
Januari 14, 2021 21:39 MYT
SEOUL: Mahkamah Tinggi Korea Selatan menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun terhadap bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-hye atas kesalahan menerima rasuah, pada Khamis.
Keputusan itu mengakhiri proses perundangan terhadap kes Guen-hye yang telah dibicarakan di beberapa peringkat mahkamah sebelum ini, dan melayakkan beliau mendapat pengampunan.
Bekas pemimpin yang juga Presiden wanita pertama di Korea Selatan itu telah dipenjarakan sejak Mac 31, 2017, namun beliau menafikan salah laku dan tidak hadir ke mahkamah.
Guen-hye menjawat jawatan Presiden Korea Selatan pada 2013 sebelum disingkirkan pada 2017 susulan parlimen mengundi untuk mendakwa beliau atas satu skandal rasuah yang menyebabkan dua pemimpin konglomerat dipenjarakan.
Beliau didapati bersalah atas tuduhan menerima rasuah berjumlah puluhan bilion won dari konglomerat utama bagi keuntungan diri sendiri.
#Park Geun-Hye
#Korea Selatan
#bersalah
#mahkamah
#Pengmapunan
#hukuman penjara
#bekas Presiden Korea Selatan
#Rasuah