Bekas Presiden Kazakhstan positif COVID-19

Agensi
Jun 18, 2020 19:56 MYT
Nazarbayev yang memimpin negara itu sejak 1991 meletak jawatan tahun lelpas dan menyerahkan jawatan kepada Kassym-Jomart Tokayev. - Gambar fail
BEKAS Presiden Kazakhstan, Nursultan Nazarbayev disahkan positif COVID-19.
Dalam satu kenyataan, jurucakap Nazarbayev memaklumkan, pemimpin berusia 79 tahun itu kini dalam proses kuarantin.
Kenyataan tersebut turut mengesahkan, Nazarbayev dalam keadaan stabil.
Nazarbayev yang memimpin negara itu sejak 1991 meletak jawatan tahun lelpas dan menyerahkan jawatan kepada Kassym-Jomart Tokayev.
Bagaimanapun, beliau masih mengekalkan beberapa jawatan berkuasa di negara Asia Tengah itu termasuk sebagai pengerusi Majlis Keselamatan Kebangsaan dan dalam parti pemerintah.
Setakat ini, negara itu melaporkan jumlah kumulatif positif COVID-19 dengan 15,877 kes dan 97 kematian.
#Asia Tengah #Bekas Presiden Kazakhstan #COVID-19 #Kassym-Jomart Tokayev #Nursultan Nazarbayev #positif
;