Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di Netherlands untuk perbicaraan
Bernama
Mac 12, 2025 07:15 MYT
Mac 12, 2025 07:15 MYT
Pesawat yang dipercayai membawa Duterte diparkir bersebelahan sebuah bas di Lapangan Terbang Rotterdam The Hague, Belanda, 12 Mac 2025. (Foto AP)
ISTANBUL: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di The Hague, Netherlands, pada Rabu bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dalam "perang dadah" yang dilancarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Filipina.
Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter pada Selasa selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila sebaik tiba dari Hong Kong.
Pesawat itu singgah di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke The Hague.
Anak perempuannya yang juga Naib Presiden Filipina, Sara Duterte turut berlepas ke The Hague pada Rabu bagi membantu mengatur pasukan guaman untuk bapanya.
-- BERNAMA-ANADOLU
#Rodrigo Duterte
#Mahkamah Jenayah Antarabangsa
#bekas presiden filipina
#perang dadah
#The Hague
#jenayah terhadap kemanusiaan