Bekas Presiden China, Jiang Zemin meninggal dunia

Faida Rahim
November 30, 2022 18:06 MYT
Jiang dipilih memimpin parti dan negara oleh pemimpin utama Deng Xiaoping berikutan penyingkiran Zhao Ziyang selepas kejadian Tiananmen. - fotoREUTERS
BEIJING: Bekas Presiden China Jiang Zemin meninggal dunia di Shanghai pada usia 96 tahun, lapor agensi berita Xinhua.
Jiang menggalas tugas Presiden selepas peristiwa pembunuhan berama-ramai di Dataran Tiananmen (pada 1989) dan menjadi ketua negara pada 1992 hingga 2003.
Di bawah rejimnya beliau telah mengangkat China untuk muncul sebagai negara paling berkuasa di seantero dunia.
Xinhua turut melaporkan, Jiang meninggal dunia akibat 'leukemia dan kegagalan pelbagai organ'.
Jiang dikhabarkan tidak sihat untuk beberapa waktu dan tidak dapat hadir ke kongres parti pada bulan Oktober, yang dilaporkan telah dihadiri ramai pemimpin lain.
Jiang dipilih memimpin parti dan negara oleh pemimpin utama Deng Xiaoping berikutan penyingkiran Zhao Ziyang selepas kejadian Tiananmen.
Semasa pemerintahan beliau, Jiang meneruskan dasar pembaharuan ekonomi Deng dan mengawasi penyertaan China ke Pertubuhan Perdagangan Dunia.
Jiang juga sempat menyaksikan penyerahan Hong Kong dan Macau secara aman kepada China dari Britain dan Portugal.
Mendiang meninggalkan balu, Wang Yeping dan dua anak lelaki.
#Jiang Zemin #bekas presiden Beijing #meninggal dunia #Pembaharuan ekonomi Deng
;