Bekas PM Thailand Prayuth dilantik ahli Majlis Privy

Bernama
November 30, 2023 15:37 MYT
Prayuth merupakan bekas panglima tentera yang merampas kuasa pada 2014 dan menjadi perdana menteri pada pilihan raya 2019. - Gambar/ Reuters
BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand Prayuth Chan o-cha dilantik sebagai ahli Majlis Privy, sebuah badan penasihat kepada monarki yang berprestij.
Royal Gazette pada Rabu mengumumkan Raja Thailand Raja Maha Vajiralongkorn melantik Prayuth, 69, sebagai ahli Majlis Privy berkuat kuasa serta-merta.
"Raja telah memutuskan untuk melantik lebih ramai ahli dalam Majlis Privy," menurut Warta Diraja itu.
Prayuth merupakan bekas panglima tentera yang merampas kuasa pada 2014 dan menjadi perdana menteri pada pilihan raya 2019.
Beliau calon perdana menteri dari Parti Bangsa Thai Bersatu dalam pilihan raya 14 Mei.
Bekas perdana menteri itu mengumumkan persaraannya daripada politik pada Julai tahun ini.
-- BERNAMA
#Prayuth Chan o-cha #Majlis Privy #Raja Thailand #badan penasihat monarki
;