Bekas PM Nawaz Sharif tiba di Pakistan selepas empat tahun hidup dalam buangan
Bernama
Oktober 21, 2023 20:57 MYT
Oktober 21, 2023 20:57 MYT
ISLAMABAD: Bekas Perdana Menteri Pakistan Nawaz Sharif tiba di IsIamabad pada Sabtu selepas empat tahun hidup dalam buangan, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Sharif, 73, tiba dengan penerbangan sewa khas dari Dubai.
Sejurus tiba di lapangan terbang, beliau mengadakan pertemuan dengan pasukan peguamnya untuk memenuhi prosedur berkaitan jaminan perlindungan yang diperolehnya pada Khamis.
Beliau kemudian akan berlepas ke Lahore dan dijadual berucap di hadapan penyokongnya pada satu perhimpunan.
--BERNAMA-dpa
TAG: Pakistan, Nawaz Sharif, bekas perdana menteri