NEW DELHI: Bekas pesuruhjaya tinggi Pakistan ke Malaysia, Amna Baloch, secara rasmi mengambil alih peranan sebagai setiausaha luar negara yang baharu.

Amna, 58, merupakan setiausaha luar Pakistan yang ke-33 dan wanita kedua yang memegang jawatan penting dalam perkhidmatan luar ini.

Beliau menggantikan Syrus Sajjad Qazi, yang bersara daripada perkhidmatan diplomatik dan sebagai setiausaha luar pada Selasa.

Amna ditugaskan sebagai pesuruhjaya tinggi ke Malaysia dari 2019 hingga 2023, sebelum berpindah ke Brussels sebagai duta besar Pakistan ke Belgium dan Kesatuan Eropah.

Beliau berkhidmat sebagai konsul jeneral Pakistan di Chengdu, China antara 2014 dan 2017.

Amna mempunyai ijazah sarjana dalam bidang sejarah dan menyertai perkhidmatan luar negeri pada 1991.

-- BERNAMA