Bekas Perdana Menteri Mali menang pilihanraya
Astro Awani
Ogos 14, 2013 09:31 MYT
Ogos 14, 2013 09:31 MYT
Bekas Perdana Menteri Mali, Ibrahim Boubacar Keita memenangi pilihan raya presiden negara itu dengan mengalahkan penyandangnya Soumalia Cisse.
Keputusan ini dijangka mampu mengembalikan kestabilan di negara yang dicemari siri pemberontakan.
Pemilihan kali ini berlangsung sengit dengan pengundian terpaksa memasuki pusingan kedua.
Pada pusingan pertama Ibrahim memperoleh 40 peratus undi.
Sebaik sahaja kemenangan diumum, bekas presiden Soumalia bertemu Ibrahim di rumahnya, sebagai simbolik penyerahan kuasa.
Kejayaan proses demokrasi ini juga membolehkan Mali memperoleh bantuan antarabangsa bernilai 4 bilion dolar seperti yang dijanjikan komuniti antarabangsa.
Walaupun pemilihan berlangsung lancar dan telus namun masih wujud segelintir penyokong Soumalia yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu.
Mereka menuduh berlaku penipuan dalam pilihan raya tersebut.
Ibrahim pernah bertanding jawatan presiden dalam pilihan raya pada 2002 dan 2007.
Beliau juga pernah memegang jawatan menteri luar dan Speaker Dewan Perhimpunan Kebangsaan.