Bekas Perdana menteri Lee Kuan Yew di hospital
Bernama
Februari 16, 2013 20:15 MYT
Februari 16, 2013 20:15 MYT
Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew di kejarkan ke Hospital Besar Singapura berikutan serangan penyakit iskemia selain sering dikaitkan dengan permasalahan jantung.
Menurut kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri, Lee telah pulih sepenuhnya bagaimanapun akan terus berada di wad untuk beberapa hari bagi membolehkan doktor memantau tahap kesihatannya.
Serangan Iskemia kebiasaannya berlaku apabila aliran darah di sebahagian otak berhenti untuk tempoh masa yang singkat.