Bekas perdana menteri Israel semakin kritikal

AFP
Januari 2, 2014 20:59 MYT
Bekas perdana menteri Israel, Ariel Sharon
Kesihatan bekas perdana menteri Israel, Ariel Sharon dilaporkan “merosot” dengan kegagalan “organ-organ penting”.
Sharon diserang strok yang teruk dan koma sejak hampir lapan tahun lalu selepas serangan tersebut.
Para doktor di Hospital Tel Hashomer berkata, keadaan kesihatan Sharon semakin kritikal dan nyawa bekas presiden itu berada di dalam keadaan bahaya.
Pengarah di kemudahan kesihatan tersebut, Zeev Rotstein berkata, kemerosotan fungsi beberapa organ utama Sharon sejak beberapa hari lalu memberi kesan terhadap kelangsungan hidup Sharon.
"Pegawai-pegawai perubatan dan ahli keluarganya kini terpaksa bersedia dengan kemungkinan buruk. Seluruh keluarga kini berada disamping beliau,” tambahnya.
Dalam satu ujian imbasan MRI pada Januari tahun lalu, Sharon menunjukkan “aktiviti otak yang signifikan” serta menunjukkan tindak balas terhadap gambar keluarga.
Keadaan Sharon bagaimanapun dilaporkan semakin merosot sejak Rabu lalu apabila dia mengalami masalah buah pinggang selepas menjalani satu pembedahan.
Ikon penuh kontroversi itu diserang strok pada 4 Januari 2006 dan koma.
#Ariel Sharon #bekas perdana menteri #Israel
;