Bekas perdana menteri Israel mula jalani hukuman penjara

Agensi
Februari 15, 2016 20:09 MYT
Olmert merupakan bekas perdana menteri pertama dalam sejarah Israel yang dikenakan hukuman penjara. - Foto AFP/Fail
Bekas Perdana Menteri Israel, Ehud Olmert, 70, mula menjalani hukuman penjara selama 19 bulan bermula Isnin, atas kesalahan rasuah.
Olmert merupakan bekas perdana menteri pertama dalam sejarah Israel yang dikenakan hukuman penjara.
Sebelum ini, pada Mac 2014, Olmert disabit kesalahan atas menerima rasuah yang melibatkan sebuah projek pembangunan hartanah di Baitulmaqdis.
Olmert dinamakan sebagai suspek utama dalam skandal Holyland, atas dakwaan dia menerima ratusan ribu Shekel untuk membantu pemaju mendapatkan kelulusan perancangan dan undang-undang projek berkenaan.
Projek menara itu juga dilabel sebagai simbol penyelewengan peringkat tinggi.
Olmert didakwa ketika menjadi Datuk Bandar Baitulmaqdis dan Menteri Perdagangan dan Industri sebelum menjadi Perdana Menteri pada 2006.
Bagaimanapun, dia menafikan segala dakwaan tersebut.
#bekas perdana menteri Israel #Ehud Olmert #Ehud Olmert dihukum penjara #Rasuah
;