Bekas penyerang England, Trevor Francis, meninggal dunia

Agensi
Julai 24, 2023 22:58 MYT
Francis menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun di kediamannya di Sepanyol pada pagi Isnin - Foto/REUTERS
BEKAS penyerang England, Trevor Francis, meninggal dunia pada Isnin selepas mengalami serangan jantung.
Menurut kenyataan keluarganya, Francis menghembuskan nafas terakhir pada usia 69 tahun di kediamannya di Sepanyol pada pagi Isnin.
Media antarabangsa melaporkan, berita pemergian Francis mengejutkan semua orang dan keluarga berduka dengan kehilangan beliau.
Keluarganya menambah, selain seorang pemain bola sepak legenda, mendiang juga seorang yang sangat baik.
Francis memulakan karier sebagai pemain bola sepak di Birmingham City pada 1970 sebelum berkhidmat di beberapa kelab termasuk Nottingham Forest, Manchester City, serta Sheffield Wednesday.
Pada tahun 1979, beliau menjadi pemain pertama Britain bernilai 1 juta pound selepas perpindahannya dari Birmingham City ke Nottingham Forest.
#Trevor Francis #Penyerang England #Manchester City #berita luar negara
;