Bekas pemimpin Sudan, Omar Bashir didakwa lagi

Astro Awani
Julai 22, 2020 09:23 MYT
Omar dilihat semasa menghadiri perbicaraan di Khartoum, Sudan, 24 Ogos, 2019. (Foto AP/Fail)
BEKAS pemimpin Sudan, Omar Bashir kembali ke mahkamah bagi berdepan tuduhan bersekongkol dan merancang plot menggulingkan kerajaan pada 1989.
Tindakan itu membolehkan dia memegang tampuk kuasa.
Omar digulingkan tentera pada April 2019 selepas bantahan rakyat terhadap pentadbirannya.
Sejak itu beliau dipenjarakan di Khartoum dan didakwa dengan beberapa tuduhan.
Omar turut dikehendaki Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas dakwaan jenayah perang dan penghapusan etnik ketika konflik Darfur.
Perbicaraan bagaimanapun ditangguhkan ke 11 Ogos.
Ini bagi membolehkan pihak pembela menyediakan hujah.
#guling kerajaan #jenayah #kerajaan #KUASA #mahkamah #Omar Bashir #rakyat #Sudan #tentera
;