Bekas pemandu Suu Kyi dipilih sebagai calon Presiden Myanmar

AFP
Mac 10, 2016 08:49 MYT
SUU: Htin Kyaw berdiri bersebelahan Aung San Suu Kyi di kediamannya, pada hari Suu Kyi dibebaskan pada 13 November 2010. - Foto fail AFP / Soe Than WIN
Parti Liga Demokratik Kebangsaan (NLD) di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi telah mencalonkan bekas pemandunya, Htin Kyam, 69, sebagai calon presiden Myanmar, ketika beliau bersedia memerintah negara berkenaan menerusi proksi yang dipercayai.
Suu Kyi sebelum ini berikrar untuk berada “atas” presiden, bagi memenuhi mandat besar jutaan pengundi Myanmar dalam kemenangan NLD dalam pilihan raya November lalu, meskipun dihalang menduduki jawatan tertinggi itu oleh perlembagaan rangkaan ketenteraan.
Nama Kyam dicalonkan oleh ahli Parlimen Dewan Rakyat NLD, Khin San Hlaing selain turut mencalonkan beberapa nama lain daripada Dewan Negara.
Pemilihan Htin Kyaw yang sering membantu menguruskan yayasan kebajikan Suu Kyi itu dibuat selepas beberapa bulan dilanda spekulasi, termasuk dalam kalangan ahli Parlimen partinya sendiri yang tidak diberitahu mengenai perkara itu.
Mereka turut bimbang, ia akan menjejaskan kelancaran peralihan kuasa memandangkan ketika ini pemerintahan ketenteraan masih lagi berpengaruh.
“Ini adalah satu langkah yang penting dalam usaha merealisasikan kemahuan dan jangkaan pengundi yang menyokong NLD,” kata Suu Kyi dalam satu kenyataan pada Khamis, yang turut menyeru orang ramai menyokong matlamat parti itu “secara damai”.
#Bekas pemandu Suu Kyi #htin kyaw #Myanmar #NLD #Parti Liga Demokratik Kebangsaan