Bekas pegawai polis berpaling tadah antara yang terbunuh

Agensi
Januari 16, 2018 06:43 MYT
Salah satu mayat puak pemberontak dikenal pasti sebagai Oscar Perez selepas pemeriksaan identiti dilakukan oleh pihak berkuasa sejurus pertempuran tersebut. - Gambar REUTERS
Pihak berkuasa Venezuela mengesahkan bekas pegawai polis yang bersama puak pemberontak negara itu yang mengetuai serangan di Caracas tahun lalu antara yang terbunuh dalam pertempuran dengan polis pada selasa.
Salah satu mayat puak pemberontak dikenal pasti sebagai Oscar Perez selepas pemeriksaan identiti dilakukan oleh pihak berkuasa sejurus pertempuran tersebut.
Beliau merupakan antara tujuh yang terbunuh dalam pertempuran di kawasan pergunungan di luar Caracas.
Dua pegawai polis juga turut terkorban dalam pertempuran itu.
Perez yang merupakan pegawai polis dan juruterbang telah melakukan serangan menggunakan helikopter terhadap beberapa bangunan kerajaan pada Jun tahun lalu.
Bagaimanapun tiada kecederaan dan kematian dalam insiden itu.
#kerajaan #mati #mayat #polis #serangan #Venezuela
;