Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant undur diri dari politik

Agensi
Januari 1, 2025 07:30 MYT
Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengundurkan diri daripada jawatannya di Parlimen selepas berbulan-bulan berselisih pendapat dengan Benjamin Netanyahu. - Gambar fail Reuters
TEL AVIV: Bekas Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant mengundurkan diri daripada jawatannya di Parlimen selepas berbulan-bulan berselisih pendapat dengan Benjamin Netanyahu mengenai cara Perdana Menteri Israel itu mengendalikan perang di Gaza.
“Sama seperti di medan perang, begitu juga dalam perkhidmatan awam. Ada detik di mana seseorang mesti berhenti, menilai dan memilih arah untuk mencapai matlamat,” kata Gallant dalam satu kenyataan yang disiarkan di televisyen.
Gallant telah dipecat dari Kabinet oleh Perdana Menteri Netanyahu pada November lalu selepas mereka berulang kali berselisih pendapat.
Gallant dan Netanyahu juga dikeluarkan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa pada bulan yang sama. - Agensi
#Menteri Pertahanan Israel #Yoav Gallant #Benjamin Netanyahu #Perang Palestin-Israel
;