Bekas menteri Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel di Gaza

Bernama
Disember 31, 2023 12:21 MYT
Israel menyasarkan kediaman Sheikh Yousef yang juga pendakwah Masjid Al-Aqsa, mengakibatkan kematiannya dan kecederaan ahli keluarganya. - Sinar Harian
GAZA: Bekas Menteri Wakaf dan Hal Ehwal Agama Palestin Sheikh Yousef Salama terbunuh pada pagi Ahad dalam serangan udara Israel ke atas rumahnya di kem pelarian al-Maghazi di tengah Semenanjung Gaza.
Pewarta Agensi Berita Palestin (WAFA) melaporkan pesawat pejuang Israel menyasarkan kediaman Sheikh Yousef yang juga pendakwah Masjid Al-Aqsa, mengakibatkan kematiannya dan kecederaan beberapa orang ahli keluarganya.
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt mengakibatkan lebih 21,650 warga Palestin terbunuh manakala kira-kira 56,000 lagi cedera.
Ribuan penduduk masih hilang dengan 70 peratus daripada mangsa adalah kanak-kanak dan wanita.
-- BERNAMA
#Gaza #menteri terbunuh #Sheikh Yousef Salama #Palestin #serangan Israel