Bekas Menteri Kewangan UK, Nigel Lawson meninggal dunia
Astro Awani
April 3, 2023 07:30 MYT
April 3, 2023 07:30 MYT
LONDON: Bekas Menteri Kewangan Britain, Nigel Lawson meninggal dunia pada usia 91 tahun pada Isnin.
Sepanjang kariernya pada tahun 1980-an, mendiang memegang beberapa jawatan kabinet di dalam kerajaan pimpinan Margaret Thatcher selain Ahli Parlimen Conservative untuk Blaby pada tahun 1974 sehingga 1992.
Perdana Menteri Rishi Sunak menyifatkan mendiang sebagai "canselor transformasi dan seorang yang memberi inspirasi kepada yang lain".
Mendiang meninggalkan enam orang anak, termasuk chef terkenal, Nigella Lawson.