Bekas menteri Israel dibicarakan
Astro Awani
Februari 17, 2013 07:42 MYT
Februari 17, 2013 07:42 MYT
Bekas menteri luar Israel, Avigdor Lieberman mula dibicarakan di mahkamah atas tuduhan penipuan dan pecah amanah.
Ia dijangka akan memberi kesan ke atas kerajaan campuran Zionis yang baru dibentuk pasca pilihan raya.
Pemimpin ultra Yahudi itu terlibat dituduh dalam penipuan dan pecah amanah dalam urusan perniagaan.
Lieberman menafikan segala tuduhan dan berikrar akan menamatkan karier politik sekiranya bersabit kesalahan.
Peguamnya bagaimanapun yakin, beliau akan dibebaskan daripada pertuduhan.
Lieberman merupakan pemimpin parti Yisrael Beitenu yang bergabung dengan Netanyahu dalam pilihan raya lalu.
Malah beliau juga merupakan tokoh politik yang berkeras menolak sebarang tuntutan Palestin untuk memulakan semula rundingan damai dengan Palestin.