Bekas Maharaja Jepun alami masalah jantung
Bernama
Julai 26, 2022 21:15 MYT
Julai 26, 2022 21:15 MYT
ISTANBUL: Kerabat diraja Jepun pada Selasa mendedahkan bekas Maharaja Akihito mengalami masalah kegagalan jantung.
Istana itu memaklumkan, baginda yang berusia 88 tahun telah mendapatkan rawatan sejak akhir Jun, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik agensi berita Kyodo.
Akihito kini menjalani pemeriksaan kesihatan jantung di Hospital Universiti Tokyo.
Baginda merupakan maharaja pertama dalam sejarah Jepun yang melepaskan takhtanya pada 30 April 2019.
Maharaja Naruhito, anak sulung Akihito, kemudian naik takhta pada 1 Mei tahun yang sama.
-- BERNAMA