Bekas juara luncur air maut ditumbuk

Faida Rahim
September 26, 2022 13:07 MYT
Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menumbuk bekas juara luncur air, Chris Davidson (gambar) yang meninggal dunia akibat kejadian itu. - Gambar/ World Surf League via Getty Image
NEW SOUTH WALES: Seorang lelaki dihadapkan ke mahkamah atas dakwaan menumbuk bekas juara luncur air, Chris Davidson yang meninggal dunia akibat kejadian itu.
Memetik laporan The Guardian, kejadian berlaku di sebuah pub di pantai tengah utara New South Wales (NSW), Australia pada Sabtu lalu.
Pihak berkuasa NSW memaklumkan menerima panggilan kecemasan ke lokasi di Sportsmans Way di South West Rocks sekitar pukul 11 malam berikutan insiden seorang lelaki ditumbuk di wajah dan mengalami hentakan kepala di atas jalan.
Dalam pada itu, anggota polis memaklumkan Davidson berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika ditemui.
Pasukan paramedik yang tiba di lokasi kemudian membawa Davidson ke Hospital Kempsey.
Atlet berusia 45 tahun itu disahkan meninggal tidak lama kemudian akibat kecederaan serius.
Sementara itu, polis menahan suspek lelaki berusia 42 tahun di kediamannya di South West Rocks, semalam atas dakwaan serangan sehingga menyebabkan kematian.
Bagaimanapun, lelaki itu menolak untuk diikat jam dan hadir di Mahkamah Port Macquarie.
Untuk rekod, Davidson menerima pendedahan awal dalam sukan luncur di Narrabeen Utara di pantai utara Sydney dan bertanding dalam pertandingan jelajah luncur profesional dunia pada 2010 dan 2011.
#tumbuk maut #Chris Davidson #juara luncur air maut #Hospital Kempsey
;