Bekas hamba seks Perang Dunia Kedua desak Kerajaan Jepun mohon maaf

Astro Awani
Mac 3, 2021 05:44 MYT
Lee Yong-Soo, meminta kerajaan Jepun untuk melakukan permohonan maaf secara rasmi kepadanya termasuk mangsa-mangsa lain. - Foto AP
SEOUL: Bekas hamba seks ketika zaman Perang Dunia Kedua dari Korea Selatan, Lee Yong-Soo, meminta kerajaan Jepun untuk melakukan permohonan maaf secara rasmi kepadanya termasuk mangsa-mangsa lain.
Yong-Soo yang secara lantang mendedahkan kisah lampaunya itu bertemu dengan Menteri Luar Korea Selatan, Chung eui-Yong dan menggesa agar isu itu dibawa ke Mahkamah Pengadilan Antarabangsa.
Kerajaan Jepun secara tegas menyatakan tidak mempunyai catatan rasmi berkenaan jumlah hamba seks ketika zaman perang.
Namun, anggaran sejarawan Jepun, jumlah mereka yang terlibat antara 20,000 hingga 200,00 individu.
Menurut laporan media antarabangsa, ketika zaman penjajahan Jepun, wanita dari Semenanjung Korea, China, Filipina, Indonesia dan negara Asia lain ditangkap dan dipaksa menjadi hamba seks.
#Bekas hamba seks #Perang Dunia Kedua #Korea Selatan #Jepun #desak #kerajaan #mohon #Maaf #Global
;