Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu

Astro Awani
Oktober 6, 2024 08:45 MYT
Paterson berkhidmat sebagai gabenor New York dari tahun 2008 sehingga 2010, menggantikan Eliot Spitzer. - Foto X/Nick Riccardi
NEW YORK: Bekas gabenor New York David Paterson dan anak tirinya cedera selepas diserang empat individu ketika berjalan kaki,
Menurut Jabatan Polis New York, kejadian berlaku di Jalan Upper East Side pada jam 8.30 malam waktu tempatan pada Jumaat.
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Mereka dilaporkan dalam keadaan stabil dan telah dibenarkan pulang.
Dalam satu kenyataan, polis menyifatkan kejadian sebagai 'serangan kumpulan penjenayah' dan menyeru orang ramai yang mempunyai maklumt untuk tampil ke balai polis berhampiran.
Paterson berkhidmat sebagai gabenor New York dari tahun 2008 sehingga 2010, menggantikan Eliot Spitzer yang melepaskan jawatan selepas terpalit dengan skandal persundalan.
Beliau merupakan gabenor pertama New York yang berkulit hitam.
#David Paterson #anak tiri #kumpulan penjenayah #terkini
;