Bekas Gabenor Arkansas Asa Hutchingson umum bertanding Pilihan Raya Presiden AS 2024

Bernama
April 3, 2023 18:35 MYT
Ahli Republikan berusia 72 tahun itu dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung hasratnya itu pada akhir bulan ini. - Gambar REUTERS
WASHINGTON: Bekas Gabenor Arkansas Asa Hutchinson pada Ahad mengumumkan pencalonannya untuk bertanding pada pemilihan Presiden Amerika Syarikat 2024.
Hutchinson yang berkhidmat sebagai gabenor Arkansas dari Januari 2015 hingga Januari 2023, membuat pengumuman itu dalam wawancara dengan ABC News, lapor Xinhua.
Ahli Republikan berusia 72 tahun itu dijangka membuat pengumuman rasmi berhubung hasratnya itu pada akhir bulan ini.
Turut mengumumkan akan menyertai pemilihan presiden AS termasuk bekas Presiden Donald Trump, bekas Gabenor Carolina Selatan yang juga Duta Besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Nikki Haley serta usahawan Vivek Ramaswamy.
Presiden Joe Biden masih belum mengumumkan secara rasmi hasratnya untuk bertanding semula. Pilihan raya presiden AS 2024 dijadualkan pada 5 Nov 2024.
-- BERNAMA
Asa Hutchinson umum bertanding Pilihan Raya Presiden AS 2024
#Amerika Syarikat #Donald Trump #Joe Biden #usahawan
;