Bekas editor, Barry Wain meninggal dunia

Bernama
Februari 5, 2013 06:38 MYT
Bekas editor dan koresponden Asian Wall Street Journal, Barry Wain, 69, meninggal dunia di sebuah hospital di sini pagi ini.
Berita kematian itu dimaklumkan menerusi e-mail yang dihantar kepada koresponden asing berpangkalan di Singapura oleh presiden persatuan koresponden asing Singapura.
Wain, wartawan Australia yang tinggal di Asia selama hampir 40 tahun, merupakan penulis tamu di Institut Pengajian Asia Tenggara sejak April 2005.
Beliau merupakan pengarang buku terlaris di pasaran, 'Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times', dan 'The Refused', yang berkisar tentang kebanjiran pelarian dari Indochina selepas Perang Vietnam.
Beliau meninggalkan isteri Yvonne Wain dan anak lelaki, David.
#Asian Wall Street Journal #Barry Wain #Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times #wartawan australia
;