Bekas Canselor Jerman Angela Merkel terima anugerah tertinggi negara

Bernama
April 17, 2023 15:52 MYT
Merkel memegang jawatan canselor dari 2005 hingga 2021. -Gambar fail/Reuters
BERLIN: Bekas canselor Jerman Angela Merkel akan diberi penghormatan Order of Merit Jerman dengan reka bentuk khas pada Isnin, yang akan disampaikan oleh Presiden Jerman Frank-Walter Steinmeier, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Setakat ini, hanya bekas canselor Konrad Adenauer dan Helmut Kohl menerima penghormatan tertinggi Jerman itu.
Selain Order of Merit, Grand Cross secara automatik dianugerahkan kepada setiap presiden persekutuan apabila memegang jawatan atau kepada ketua negara asing.
Canselor Jerman Olaf Scholz juga akan menghadiri majlis itu di Istana Bellevue di Berlin.
Merkel memegang jawatan canselor dari 2005 hingga 2021.
-- BERNAMA
#Angela Merkel #Order of Merit Jerman #bekas canselor Jerman #Frank-Walter Steinmeier
;