Bekas atase tentera Malaysia dihukum tahanan rumah 9 bulan di New Zealand
AFP
Februari 4, 2016 11:42 MYT
Februari 4, 2016 11:42 MYT
Seorang bekas atase Kementerian Pertahanan Malaysia di New Zealand yang dituduh dengan dakwaan serangan seksual, hari ini dihukum tahanan rumah selama sembilan bulan.
Mohammed Rizalman Ismail, yang sebelum ini berkhidmat di kedutaan Wellington sewaktu dituduh menyerang seorang wanita, mengaku melakukan perbuatan itu pada November lalu selepas menfaikan dakwaan awal melibatkan percubaan merogol dan merompak.
Rizalman telah mengekori Tania Billingsley, ke rumah wanita tempatan itu pada Mei 2014, dan menunggu selama 30 minit di luar rumah dan menceroboh masuk ke bilik tidurnya tanpa memakai apa-apa dari paras pinggang ke bawah.
“Anda telah menakutkan Billingsley. Dia hanya seorang wanita muda,bersendiri di kamarnya, dan seharusnya berhak berasa selamat dalam bilik tidurnya.
“Tiada wanita sepatutnya perlu berdepan dengan situasi yang menakutkan seperti yang dialami Cik Billingsley, seperti sewaktu anda menceroboh masuk kesucian bilik tidurnya itu,” ujar Hakim David Collins kepada Rizalman.
Collins berkata perbuatan Rizalman telah dirancang terlebih dahulu, namun, Billingsley tidak disentuh secara seksual dan Rizalman ketika itu berharap wanita itu sbersetuju mengadakan hubungan seks dengannya.
“Anda membuat salah tanggapan senyuman wanita itu sebagai keinginan seksual, anda sengaja mengekorinya dan menunggu di luar rumahnya dengan lama,” ujar hakim.
Rizalman dijatuhi hukuman sembilan bulan tahanan rumah, dan akan hohantar pulang ke tanah air selepas selesai tempoh hukuman.
Peguamnya Donald Stevens telah menggunakan hujah bela diri yang luar biasa termasuk menyebut tentang penyakit mental.
#bekas atase tentera Malaysia
#hukuman tahanan rumah
#Muhammad Rizalman ISmail
#New Zealand
#serangan seksual