Bekas askar perang Iraq didakwa bunuh lima orang di lapangan terbang Fort Lauderdale

Agensi
Januari 8, 2017 10:39 MYT
Esteban Santiago berdepan hukuman mati jika disabitkan kesalahan. - Gambar fail
Lelaki yang melakukan serangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Lauderdale-Hollywood, Florida dan mengorbankan lima orang dihadapkan ke mahkamah pada Ahad.
Esteban Santiago, 26, didakwa melepaskan tembakan ke arah penumpang di lapangan terbang itu oleh pendakwa raya negeri.
Antara lain, pendakwaan ke atasnya menjurus kepada melakukan tindakan keganasan di lapangan terbang antarabangsa sehingga membawa maut.
Jika sabit kesalahan itu, dia yang berasal dari Anchorage, Alaska, boleh dikenakan hukuman mati.
Esteban juga berdepan pertuduhan lain berkaitan pemilikan senjata, yang memperuntukkan hukuman lebih ringan.
Dalam serangan di Lapangan Terbang Fort Lauderdale, di mana terminalnya dikhaskan bagi penerbangan Delta Airlines dan Air Canada itu, lima mati dan lapan lagi cedera apabila Esteban bertindak melepaskan tembakan ke arah penumpang.
Penyiasat kini menumpukan siasatan kepada masalah mental yang dihadapinya dan tidak mahu ia dikaitkan dengan tindakan pengganas.
Siasatan mendapati Esteban pernah bertugas di Iraq bersama pasukan keselamatan kebangsaan, namun dihantar pulang tahun lalu kerana prestasi kerja tidak memusakan.
Menurut adiknya, suspek pernah menerima rawatan psikologi baru-baru ini.
#esteban santiago #Fort Lauderdale #keganasan #tembakan di lapangan terbang #veteran perang Iraq
;