Bekas anggota RAAF dipenjara 22 bulan bunuh transgender

Astro Awani
Mac 29, 2021 13:13 MYT
Toyer dan Bruno telah menjalin hubungan tiga minggu sebelum kejadian tersebut.
WAGGA WAGGA: Bekas anggota tentera berpangkat korporal Angkatan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) dijatukan hukuman penjara sekurang-kurangnya 22 bulan pada Isnin atas tuduhan membunuh seorang transgender warga Filipina, Mhelody Bruno di Australia pada 2019.
Rian Ross Toyer, 33, mengaku bersalah di Mahkamah Daerah Wagga Wagga ke atas tuduhan membunuh Bruno, 25, semasa melakukan perhubungan seks, lapor ABC News.
Toyer dan Bruno telah menjalin hubungan tiga minggu sebelum kejadian tersebut dan Toyer ditamatkan perkhidmatan dengan RAAF susulan kes ini.
Pada 20 September 2019, pasangan tersebut telah bertengkar sebelum tidur bersama di unit Toyer di Wagga Wagga.
Toyer didakwa mencekik Bruno sehingga pengsan pada pagi keesokan harinya.
Menurut kertas pertuduhan, Bruno telah meminta Toyer untuk mencekiknya semasa mereka bersama.
Bruno dikejarkan ke hospital untuk diberi rawatan namun meninggal dunia sehari selepas itu.
#bunuh #transgender #RAAF #Anggota tentera #Mhelody Bruno #Rian Ross Toyer #cekik #pengsan #Wagga Wagga
;