Bekas ahli One Direction, Liam Payne ditemui maut jatuh dari tingkat tiga hotel

Astro Awani
Oktober 16, 2024 06:50 MYT
Liam Payne ketika hadir pada majlis British Fashion Awards di London, 5 Dis 2022. Artis itu ditemui maut setelah jatuh dari tingkat tiga sebuah hotel di Buenos Aires, 16 Okt 2024. - Gambar fail/AP
BEKAS ahli kumpulan One Direction, Liam Payne dilaporkan maut di sebuah hotel di Buenos Aires, ibu negara Argentina, pada Rabu waktu tempatan.
Memetik laporan media antarabangsa, Liam yang berusia 31 tahun ditemui meninggal dunia selepas terjatuh dari tingkat tiga hotel tersebut.
Menurut pegawai keselamatan, pihak polis telah bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan.
Pihak polis memaklumkan, ketika panggilan diterima, laporan menyebut tentang "seorang lelaki agresif yang mungkin berada di bawah kesan dadah dan alkohol".
Petugas ambulans kemudian mengesahkan kematian penyanyi itu, yang ditemui di patio teres dalaman hotel.

Were deeply saddened to learn of Liam Paynes tragic passing today. During this difficult time, our hearts remain with his family, loved ones, and fans. pic.twitter.com/OT63aeAvGO

— MTV (@MTV) October 16, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Liam Payne merekodkan kemasyhuran global sebagai sebahagian daripada kumpulan pop One Direction yang telah dibubarkan, bersama Harry Styles, Zayn Malik, Niall Horan dan Louis Tomlinson.
Kumpulan lelaki itu bermula selepas menduduki tempat ketiga dalam rancangan pertandingan muzik X Factor versi British pada 2010, namun berpecah pada 2016 kerana ahlinya meneruskan projek berbeza termasuk kerjaya solo.
#Liam Payne #One Direction #jatuh dari tingkat tiga hotel #Liam Payne meninggal dunia
;