Bekalan terhad, Jepun minta kemudahan perubatan 'jimat' ubat batuk

Bernama
September 30, 2023 21:17 MYT
Jepun berdepan peningkatan jangkitan selesema sejak lima minggu berturut-turut, menyebabkan beberapa wilayah di negara itu menghadapi masalah bekalan ubat. - Gambar fail/ Reuters
TOKYO: Kementerian Kesihatan Jepun menggesa kemudahan perubatan di seluruh negara mengurangkan preskripsi ubat batuk memandangkan bekalan yang terhad, di tengah-tengah peningkatan jumlah kes selesema, lapor Sputnik memetik NHK pada Sabtu.
Meskipun kes baharu COVID-19 menurun, Jepun berdepan peningkatan jangkitan selesema sejak lima minggu berturut-turut, menyebabkan beberapa wilayah di negara itu menghadapi masalah bekalan ubat.
Justeru, Kementerian Kesihatan Jepun mengeluarkan syor kepada pentadbiran tempatan dan institusi perubatan untuk "menggunakan ubat dengan lebih cekap" dan mengurangkan tempoh rawatan dengan penggunaannya kepada tahap minimum.
-- BERNAMA
#Jepun #selesema #ubat batuk #COVID-19
;