Beijing dilanda ribut pasir paling buruk sepanjang dekad
Astro Awani
Mac 15, 2021 07:53 MYT
Mac 15, 2021 07:53 MYT
BEIJING dilanda ribut pasir terburuk dalam tempoh satu dekad sehingga mengakibatkan tahap penglihatan di ibu negara China itu merosot pada Isnin.
Ia menjadi lebih buruk apabila angin kencang bertiup dari Padang Pasir Gobi dan bahagian Barat Laut China.
Kesesakan lalu lintas berlaku dan lebih 400 penerbangan dari dua lapangan terbang utama Beijing terpaksa dibatalkan.
Pada awal pagi Isnin, Pentadbiran Meteorologi China mengumumkan amaran kuning dan memaklumkan ribut pasir merebak dari Mongolia ke wilayah Gansu, Shanxi dan Hebei yang mengelilingi Beijing.
Di Mongolia, ribut pasir yang melanda negara itu menyebabkan hingga 341 individu dilaporkan hilang.
Untuk rekod, ribut pasir sering berlaku pada Mac hingga April di negara ini, yang tercetus dari kawasan Gurun Gobi.
Dan ia kini lebih parah akibat daripada aktiviti penebangan hutan dan hakisan tanah yang berleluasa di China.
China kini dalam usaha melakukan penghutanan semula dan memulihkan ekologi wilayah tersebut untuk membendung ribut pasir yang menuju ke ibu kota.
#Beijing
#China
#penerbangan
#ribut pasir
#Gurun Gobi
#Padang Pasir Gobi
#tahap penglihatan
#hilang
#penebangan hutan
#hakisan tanah
#Mongolia