Beijing dakwa isu Hong Kong adalah masalah dalaman China
Astro Awani
Mei 24, 2020 06:53 MYT
Mei 24, 2020 06:53 MYT
Isu Hong Kong adalah masalah dalaman China dan Beijing mempunyai hak untuk mempertahankan keselamatan dalam negara itu.
Beijing mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika diminta mengulas rang undang-undang yang diserahkan kepada Dewan Perwakilan China pada Jumaat.
Rang undang-undang berkenaan dijangka diluluskan pada 28 Mei.
Rang undang-undang itu akan membolehkan kerajaan wilayah Hong Kong memberi kebenaran kepada agensi dari tanah besar China untuk menahan mana-mana aktivis pro demokrasi di Hong Kong.
Dalam masa yang sama, ia akan mengelak dan menghukum mana-mana tindakan keganasan atau usaha untuk memisahkan Hong Kong daripada China.
Menurut Menteri Luar China, rang undang-undang itu tidak akan memberikan kesan kepada hak dan kebebasan penduduk Hong Kong dan pelabur luar di Hong Kong.
Dalam masa yang sama, Beijing turut menolak sokongan dan galakan dari Amerika Syarikat (AS) agar Taiwan dimasukkan ke dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai sebuah negara.
#Amerika Syarikat
#Beijing
#China
#Dewan Perwakilan China
#Hong Kong
#keganasan
#keselamatan dalam negara
#Taiwan
#undang-undang
#WHO