Bedak punya hal, peniaga online kelar leher rakan hingga hampir putus

Agensi
Disember 30, 2017 19:00 MYT
Suspek Nadia Fegi Madona (gambar) merupakan teman sepermainan Fena sejak kecil. -Foto beritajatim.com
SEORANG remaja berusia 16 tahun di Indonesia maut selepas cedera parah akibat dikelar kenalannya, pada Jumaat.
Fena Selinda Rismawati, yang berasal dari sebuah perkampungan di Jawa Timur, ditemui penduduk kampung dengan kesan kelar di leher dan badan.
Ketika ditemui, Fena yang masih hidup sempat memberitahu saksi dia diserang oleh rakannya.
Fena dikejarkan ke hospital berdekatan, namun meninggal dunia ketika dalam perjalanan.
Laporan media tempatan menyebut suspek Nadia Fegi Madona, 18 tahun, merupakan teman sepermainan Fena sejak kecil.
YouTube Liputan6
Mereka dikatakan bertelingkah selepas satu urusan jual beli bedak antara kedua-dua mereka, pada Khamis.
Fena yang tidak berpuas hati selepas bedak yang dibeli itu tidak seperti yang ditempah, bersemuka dengan Nadia dan merendahkan kualiti bedak yang dijualnya.
Keesokan harinya, suspek membawa mangsa keluar dengan mahu 'lepak bersama', namun sebenarnya membawa suspek ke satu kawasan hutan.
Satu pergaduhan tercetus dan suspek bertindak mengelar mangsa hingga lehernya hampir putus.
Kes ketika ini masih disiasat polis dan jika disabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 15 tahun.
#bedak online #dibunuh kawan sendiri #Fena Selinda Rismawati #Indonesia #Jawa Timur #kelar #mangsa #Nadia Fegi Madona #polis #remaja #suspek
;