Bedah siasat dapati George Floyd maut akibat sesak nafas

Agensi
Jun 1, 2020 07:12 MYT
Pada 25 Mei lalu, George Floyd, lelaki kulit hitam warga Amerika, meninggal dunia dalam tahanan selepas dia dilihat ditekan lehernya dengan lutut oleh seorang anggota polis di Minneapolis, Minnesota. REUTERS
DUA doktor yang menjalankan bedah siasat berasingan ke atas George Floyd, lelaki kulit hitam yang maut ketika ditahan polis di Minneapolis, mendapati kematiannya berpunca daripada sesak nafas dan merupakan kes pembunuhan.
Doktor-doktor itu turut mendapati Floyd tidak mengalami sebarang masalah kesihatan yang boleh menjurus kepada kematiannya.
Mereka juga melaporkan bahawa Floyd, 46 tahun, telah meninggal dunia sebelum diletakkan dalam ambulans.
Ini berbeza daripada laporan awal oleh pemeriksa perubatan Daerah Hennepin yang dipetik daripada dokumen mahkamah berhubung kes pegawai polis yang didakwa membunuhnya.
Laporan awal oleh pihak berkuasa pula mendapati tiada bukti yang menunjukkan sebarang trauma akibat dicekik.
Ia juga mendakwa kematiannya mungkin disebabkan oleh penyakit arteri koronari dan hipertensi.
BACA: Kematian George Floyd: Peguam Negeri ketuai pendakwaan
BACA: George Floyd, kematian yang menggoncang dunia
BACA: Jordan 'menderita, berang' kematian George Floyd
Namun pada Isnin, pemeriksa perubatan itu mengisytiharkan kematian Floyd sebagai kes pembunuhan.
“Bukti yang ditemui adalah konsisten dengan asfiksia mekanik (sesak nafas) sebagai punca kematian dan pembunuhan sebagai cara kematian,” kata Dr Allecia Wilson daripada Universiti Michigan, salah seorang doktor yang menjalankan bedah siasat secara berasingan.
Rakaman video yang menunjukkan Floyd bergelut ketika bawah tahanan polis Minneapolis sekali lagi mencetuskan kemarahan komuniti kulit hitam sehingga ribuan orang menyertai protes di serata Amerika Syarikat bagi membantah keganasan polis.
BACA: Kematian George Floyd: White House dikawal ketat, Atlanta isytihar darurat
BACA: Ketika Rumah Putih diserang! Trump pula menyorok dalam 'kubu bawah tanah'
BACA: Datuk Bandar Washington: Trump patut bantu tenangkan keadaan
#Allecia Wilson #Amerika Syarikat #bedah siasat #Black Lives Matter #cekik #diskriminasi #Doktor #George Floyd #keganasan #kematian #kulit hitam #masalah kesihatan #Minneapolis #Pembunuhan #perkauman #polis #protes #sesak nafas #tahanan polis #trauma #video
;